Testament Politik API

Testament Politik API merupakan dokumen politik hasil susunan Ahmad Boestamam, Ketua Satu Angkatan Pemuda Insaf (API), yang menggariskan program perjuangan API untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu. Dokumen ini diterbitkan oleh Lembaga Tertinggi API pada 21 Disember 1946, dan dicetak oleh Malayan Printers, Kuala Lumpur.Dokumen ini setebal 27 halaman termasuk dua halaman petikan kata-kata beberapa orang pemimpin besar seperti Sukarno, Mohammad Hatta dan Bung Tomo. Testament ialah salah satu manifesto politik di Tanah Melayu dan disebarkan kepada peserta Kongres API se-Malaya yang berlangsung di Melaka pada 22, 23 dan 24 Disember 1946.Ianya cuba menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Mereka berjuang demi kemerdekaan tanah air masing-masing berlandaskan keyakinan dan kepercayaan terhadap diri sendiri.